Guestbook | Site map | Login | RSS
MENU
KURIKULUM
KOKURIKULUM
BLOG GURU
UNIT ICT
SENYUM BENTARA
1 BENTARA

STATISTIK PENGUNJUNG
 
LAMAN UTAMA
 

Maklumat Terkini/ Latest Update
 
TARIKH PENTING
 
  •          16 Januari         - Latihan Rumah Sukan Bermula
  •          30 Januari      - Mesyuarat Pusat Sumber
  •         4 Feb           - LDP 2
  •          11  Feb              - Hari Terbuka 1
     

 

BERITA BENTARA
SDBL Cemerlang....PMR 2011
Khamis, 22 Disembar - SDBL sekali lagi mencatat sejarah dengan mencatat keputusan cemerlang bagi PMR 2011. Seramai 43 orang pelajar mencatat A dalam semua matapelajaran yang diambil. Keputusan kali ini merupakan keputusan yang lebih baik berbanding keputusan sebelum ini. Tahniah buat semua warga SDBL yang telah sama-sama berusaha untuk kecemerlangan sekolah.

Majlis Penyerahan Bangunan Baru 
   
Rabu, 21 Disember - Majlis Penyerahan Blok Gantian dan Asrama sekolah telah diadakan di kantin baru sekolah. Majlis telah dihadiri oleh Tuan Pengetua, Wakil JKR, Pegawai Pembangunan PPD dan kontraktor-kontraktor yang terlibat. Dengan majlis ini, maka warga SDBL dengan rasminya dapat menggunakan bangunan baru mulai sesi persekolahan 2012 nanti. Semoga warga SDBL akan berada dalam suasana yang lebih selesa selepas ini.

Jamuan BKS 2011
 
Isnin 21 Nov - Badan Kebajikan Staf (BKS) telah mengadakan Jamuan akhir tahun bertempat di Hotel Landmark, Batu Pahat. Jamuan ini merupakan acara tahunan untuk meraikan semua guru dan staf sekolah sebagai mejlis penutup untuk sesi persekolah 2011 dan persediaan menghadapi sesi 2012. Jamuan ini turut meraikan Pn.Hjh Ramlah yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua ke Johor Bahru dan Tn.Hj Fauzan yang dilantik sebagai GPK Koko di SMK Munshi Sulaiman. Turut diraikan, guru-guru yang akan berpindah sekolah. (Klik Untuk Gambar)

 
JAMUAN AKHIR TAHUN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDBL
 
Pada 22 Oktober lalu, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun di Crystal Inn. Jamuan ini dimeriahkan dengan kehadiran majoriti guru-guru yang terlibat dengan pusat sumber. Jamuan ini dimulakan dengan pentauliahan Pengawas Pusat Sumber 2011 yang telah banyak berjasa untuk perpustakaan dan pusat akses sekolah. Selain itu, pelantikan Pengawas Pusat Sumber 2012 juga dilangsungkan pada hari ini. (KLIK UNTUK GAMBAR)

 
MERDEKA RAYA 2011
   

Sabtu, 15 Sept - Majlis sambutan Merdeka Raya 2011 telah disambut dengan meriah di dataran Wawasan SDBL.  Sambutan bermula selepas Solat Isyak dan Tahlil disurau. Hadirin diraikan dengan jamuan sambil menyaksikan persembahan Multimedia dan pelbagai persembahan lain daripada para pelajar SDBL. Majlis penyampaian hadiah untuk semua pertandingan sepanjang bulan Merdeka juga diadakan. Laungan Merdeka oleh seluruh warga SDBL tepat jam 12.00 tengah malam merupakan acara kemuncak majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan permainan bunga api.(KLIK UNTUK GAMBAR)

Karnival KoKurikulum Jubli Emas
 

   

Sabtu, 16 Julai - Karnival Kokurikulum Sempena Sambutan Ulangtahun ke 50, SMKDBL telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Acara dimulakan dengan majlis perasmian oleh Tuan Pengetua, diikuti dengan senam robik dan persembahan Seni Mempertahankan Diri.  Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian dan persembahan kebudayaan warga SDBL. Ahli Kelab dan Persatuan pula telah megambil kesempatan sambutan ini untuk berniaga dengan pelbagai jenis gerai yang dibuka.  Kelab permainan pula telah menganjurkan 'Explorace". Pelbagai pameran pendidikan dan kerjaya juga telah diadakan. Tahniah dan Terima Kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan program ini.(Klik Untuk Gambar)


  Perkhemahan Kokurikulum

   

 Ahad, 3 Julai, Perkhemahan Kokurikulum diadakan di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jemaluang, Mersing selama 3 hari (1 - 3, Julai). Perkhemahan ini melibatkan 40 peserta yang terdiri daripada pemimpin Unit Beruniform dan 9 orang guru pengiring. Perkhemahan ini bukan sahaja dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dengan bimbingan Pegawai-pegawai Jabatan Perhilitan, malah Haluan Siswa memotivasikan pelajar agar lebih bertanggungjawab terhadap agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara.( Klik Untuk Gambar)


Larian 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

 

Sabtu, 2 Julai,  Seluruh warga SDBL telah menyertai satu larian yang dilakukan secara serentak diseluruh negara hari ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian. Tahniah kepada semua yang turut serta. (Sila Klik Untuk Gambar)


TEMASYA BALAPAN DAN PADANG 2011

    

Khamis, 30 Jun -  Acara kemuncak TBP ke 48 telah berlangsung dengan meriah pada hari Khamis, 30 Jun. Selain merupakan acara tahunan sekolah, temasya ini juga diadakan bagi memilih atlit untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah tahun hadapan. Seperti biasa, pelajar SDBL menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang sangat tinggi.Tahniah kepada yang menang dan jumpa lagi tahun hadapan.  (klik untuk Gambar)


Sambutan Hari Guru SDBL 2011

Isnin, 16 Mei - Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Sambutan kali ini dimulakan dengan perhimpunan semua warga SDBL di dataran Bentara, diikuti dengan bacaan perutusan-perutusan. Majlis diteruskan dengan acara memotong kek pelajar bersama guru tingkatan. Guru- guru dan para pelajar telah berhimpun di dewan selepas berehat seketika. Guru-guru dihiburkan dengan persembahan pelajar-pelajar dan persembahan guru-guru seperti drama, nyayian, puisi dan persembahan multimedia. Persembahan berkualiti menggambarkan kebolehan warga SDBL dalam semua bidang. Selamat Hari Guru (Klik untuk Gambar) 


 Mesyuarat Agung PIBG & Majlis Pelancaran Sambutan 50 Tahun SDBL

   

Sabtu, 2 April - Mesyuarat Agung PIBG, SDBL telah diadakan dan dirasmikan oleh Tn Hj Markom Bin Giran, Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Beliau turut merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan 50 Tahun SMK Dato' Bentara Luar. Pemilihan Jawatankuasa Baru PIBG telah diadakan dan tahniah diucapkan kepada AJK baru yang dipimpini oleh En.Anuar Bin Abd Rahman. Kepada mantan YDP, PIBG SDBL, Tn Hj Daim bin Asar (dan AJK 2009-2011), warga SDBL mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat yang dicurahkan selama ini. Pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM juga telah diraikan dalam majlis ini. Terima Kasih juga kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan memberi sokongan. (Klik Untuk Gambar)


Gotong Royong Perdana 2011


Sabtu, 26 Mac - Gotong Royong Perdana melibatkan seluruh warga SDBL telah diadakan. Syabas kepada warga SDBL yang telah sama-sama bergotong royong membersih, mengecat dan menceriakan kawasan sekolah. Semoga SDBL kekal ceria.


 Sambutan Maulidur Rasul


Jumaat, 18 Feb -Warga SMKDBL telah menjayakan Majlis Sambutan Maulidul Rasul . Majlis ini dimanfaatkan dengan ceramah oleh Hj Abdul Halim bin Palil dan Pn Hjh Jamiyah bt Hassan Raji. Kemudian diakhiri dengan kenduri kesyukuran yang sangat meriah.Pelajar bukan Islam juga mengikuti program mengikut agama masing-masing. (Klik untuk Gambar)


Kerja-kerja pembangunan sekolah.....
 

 

  

  

 

 

 

 

 

 
Album Terkini
DEMI MASA
SEMBANG WARGA SDBL
CALENDAR