Ihya' Ramadhan 1 Bentara

Rabu, 1 September - Ihya' Ramadhan 1 Bentara telah disempurnakan oleh Tn,Hj,Shapie Bin Hj.Md.Shariff (pegawai Pelajaran Batu Pahat) di Hotel Pelican. Program ini bertujuan melahirkan Asramawan Bentara yang sentiasa terbuka minda ke arah kepentingan ilmu pengetahuan dan ketaqwaan melalui ibadah puasa dan keperkasaan kepada negara melalui semangat 1 Malaysia.Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa, diikuti Solat Maghhrib berjemaah dan makan malam bersama pemimpin. Pelajar-pelajar juga menerima cenderahati dan hadiah-hadiah untuk aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Majlis diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah dan Solat Tarawih berjemaah. (Klik untuk gambar)
Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan ke 53

Isnin, 9 Ogos - Majlis Pelancaran Program Penghayatan Bulan Kemerdekaan ke 53- telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua di Dewan Bentara hari ini. Program dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua yang berkongsi erti kemerdekaan dalam kontek negara kita. Beliau juga menyarankan semua warga SDBL agar bersatu padu sejajar dengan tema tahun ini, "1 Malaysia Menjana Transformasi". Acara diteruskan dengan nyanyian lagu 1 Malaysia oleh pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan persembahan puisi oleh pelajar Tingkatan 6. Merdeka!! (Klik untuk gambar)
Kembara Merdeka 1 Bentara

Sabtu - 7 Ogos - Kembara Merdeka merupakan satu program anjuran SMKDBL , bagi memberi peluang pelajar-pelajar sekolah mengembara menaiki keretapi sambil menghayati erti kemerdekaan. Sejajar dengan tema hari kemerdekaan 2010 , 1Malaysia Menjana Transformasi, SDBL sentiasa berusaha melakukan sesuatu melebihi kebiasaan. Program ini bermula dengan perjalanan menaiki bas ke stesyen Keretapi Kluang. Dari Stesyen Kluang, peserta meneruskan perjalanan dengan menaiki keretapi ke Stesyen Keretapi Gemas. Setibanya di situ, peserta menjamu selera, berehat dan menunaikan solat. Program diteruskan dengan taklimat oleh Ketua Stesyen Gemas, En. Aziz dan En.Tajuddin yang menceritakan sejarah KTM dan pakej-pakej perjalanan yang ditawarkan.Pada pukul 6.30 petang , kami bertolak pulang dari Gemas ke Kluang, dan kali ini dengan menaiki Keretapi Ekspress yang lebih laju dan selesa. Diharapkan peserta-peserta program dapat input yang maksimum daripada program ini. Merdeka! (klik untuk gambar)
Hari Keluarga Lembaga Pengawas

Ahad - 18 Julai- Lembaga Pengawas SDBL telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Wet World, Batu Pahat. Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhhir pada 12.30 tengahari. Para peserta mengikuti pertandingan Explorace sambil bermandi-manda. Program yang diikuti oleh 120 orang pengawas dan diiringi oleh 8 orang guru pengawas ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara guru pengawas/Disiplin dengan pengawas sekolah. (Klik untuk gambar)
Hari Terbuka 2 dan Keusahawanan 2010

Sabtu - 7 Julai - SMK Dato' Bentara Luar telah mengadakan dua program secara serentak. Hari Terbuka kedua diadakan bertujuan memberi peluang kepada ibu bapa pelajar SDBL bertemu guru-guru untuk berbincang hal-hal berkaitan pelajaran anak mereka. Kesempatan ini juga diambil oleh ahli-ahli Kelab dan Persatuan untuk berniaga sempena Hari Keusahawanan tahun ini.
Anugerah Remaja Perdana

Isnin- 7 Jun - SMKDBL telah mengadakan Kursus Perkhemahan Anugerah Remaja Perdana Tahun 2010 selama dua hari ( 6-7 Jun 2010)
Antara aktiviti yang diadakan adalah kursus asas berenang di Wet World BP,kursus asas menyelamat di dalam air, berkayak di Kem Sungai Suda,merentas halangan dan Malam Kebudayaan di Kem Desa Embun. Terima Kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. .(Klik untuk gambar)
Gotong Royong Perdana - 1 Bentara 2010

Sabtu, 15 Mei - Gotong Royong Perdana telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama seluruh warga SMK Dato' Bentara Luar. Program ini bermatlamat melahirkan warga Bentara yang sentiasa terbuka minda ke arah pemupukan sahsiah diri yang mempunyai nilai-nilai murni dalam menjalankan aktiviti gotong royong. Terima kasih kepada seluruh warga Bentara yang memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program gotong royong ini.
Kerja-kerja pembangunan sekolah.....(updated)


|