| Lagu Sekolah
MARCH BENTARA
Wahai putera dan puteri Bentara
Berbakti ibu pertiwi
Bersama-sama berganding tangan
Bergerak terus maju
Mari buktikan taat dan setia
Pada nusa dan bangsa kita
Sebagai menyahut seruan panggilan
Sambutlah harapan ibunda
Walaupun apa rintangan
Patahkan sepenuh tenaga
Usah ditakuti
Wahai putera puteriku
Andai kata kau gugur di medan
Di dalam kancah perjuangan
Pastikan dikenang jasamu baktimu
Sehinggalah ke akhir zaman
Gubahan : Drs Sujadi
Seni Kata : En Abdul Kadir bin Bawok (1970)
BENTARA UNGGUL
Kami berikrar dengan penuh azam
Ilmu dituntut menjadi amalan
Cabaran globalisasi
Kami sambut penuh dedikasi
Bersama kita menyahut cabaran
Semua peringkat gapai kejayaan
Harumkan nama tugas dipikul
Bentara tetap unggul
* Kamilah warga Bentara
Sedia setia sentiasa
Bentara Unggul tetap di hati
Kecemerlangan impian kami
Bersama kita menyahut cabaran
Semua peringkat gapai kejayaan
Harumkan nama tugas dipikul
Bentara tetap Unggul |